Sabtu, 15 September 2012

CITA-CITA, IMPIAN, TUJUAN HIDUP. (Pengalaman Seorang Pelukis)

Assalammua'laikum,

CITA-CITA, IMPIAN, TUJUAN HIDUP.
(Pengalaman Seorang Pelukis)


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: 

"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

Malaikat berkata: 
"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"

Tuhan berfirman: 
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

[ Surah Al-Baqarah ( 2: 30) ]


Cita-cita... 



Keadaan ini sering terjadi kepada semua pelukis komik. 
Mengapa ada lagi guru yang susah untuk "respek" kerjaya seseorang. Walaupun dia mahu menjadi Seorang Pelukis pun, perlu respek. Apa cita-cita cikgu ni dulu ketika dahulu? Tak "respek" cita-cita pelajar. Sepatutnya seorang guru sebenar akan memberikan murid semangat untuk mencapai apa cita-cita sebenar seseorang murid, bukan bagi tangapan negatif dan menjatuhkan harapan cita-cita murid tersebut.


Kecil hati murid itu guru cakap macam tu. Seorang Guru perlu sedar bahawa impian murid itu perlu disokong supaya murid tersebut akan datang akan berjaya. Melukis bukan mudah. Sesuatu yang perlu dibina daripada A sehingga Z. Sama seperti belajar membaca.


Sebuah peristiwa (PERISTIWA PETAMA):

"Exam awak fail lagi! Kenapa fail?! Tak belajar ke?! Saya dah bagi awak nota, latihan tapi awak taknak buat juga! Jangan melukis je tahunya. 
Lepas SPM nanti awak boleh kukis puas-puas." 
kata-kata seorang guru.

"Kau tahunya melukis je. Bukannya nak belajar. Tahunya kartun je." 
kata-kata sahabat yang belajar untuk mengejar kejayaan.

"Kau melukis je. lepas SPM ada masa melukis, Melukislah puas-puas masa tu." 
kata-kata abang si pelukis.

SANGAT NEGATIF. (T_T)

Peristiwa seperti ini perlu di positifkan lagi sepatutnya. Kerana kata-kata ini menyebabkan seseorang pelukis itu akan jatuh sama macam jatuhnya akademik seorang pelajar.
Mengapa kata-katanya tidak dipositifkan lagi?

Seperti:

"Awak ada bakat, gunakannya sebagai satu langkah yang efektif untuk pelajaran. Awak bukanya tidak pandai. Tapi awak perlu berusaha lagi sama maca awak berusaha untuk mencapai jadi seorang pelukis. Saya nak awak jangan fail untuk exam akan datang boleh? BERUSAHALAH! BERJUANGLAH! Jangan hampakan cikgu, cikgu sentiasa menyokong kamu." 
kata-kata guru apabila dipositifkan.

 "Kau tahu melukis. Apa kata kalau kau buat komik pasal Subjek Sejarah ke, Kimia ke, Biology ke, tak pun kau buat komik pasal Add Math. Mane tau kau boleh improvekan skill melukis skali ngan subjik yang kau buat komik tu. Perghh. mesti EPIC wa cakap Lu!" 
kata-kata sahabat yang belajar untuk mengejar kejayaan apabila dipositifkan.

 "Kau melukis je. Apa kata kau melukis pastu kau terbitkan komik sebelum SPM. mesti kau jadi feymes. dengan cara tu, kau senang nak dapat market. Tapi, kau kene seimbangkan dengan pelajaran kau sekolah kau, sebab kau pandai lukis, nant ikau feymes exam pun kau GEMPAK, Gerenti Komik kau laku. Aku tumpang gembira." 
kata-kata abang si pelukis apabila dipositifkan. 

SANGAT POSITIF (^_^)vYaaY! Amat mudah untuk menyelesaikan masalah ini. MEMPOSITIFKAN KATA-KATA. Pepatah kata: Kerana mulut, Badan binasa. Kalau dah kene dengan kata-kata Positif macam ni. Kerana mulut, Badan pun bertenaga. HAHAHA!!!

Kalau cikgu Anda tak suka kita melukis takpa. Kita yang suka kene teruskan. Kalau berhenti nanti "Ilmu Melukis hilang" sekelip mata. Kalau cikgu tu nak sangat murid dia berjaya kene bagi die semangat je sepatutnya la. Bukan macam keadaan tadi. Merendahkan semangat seseorang. Itu bukan cikgu yang sebenar.

Cikgu sebenar, kalau murid tu lemah dalam sesuatu mata pelajaran, bukan menghalang hasrat murid untuk mengembangkan ilmu yang lain. Tapi cikgu sepatutnya memberi semangat untuk dapatkan mark yang lebih baik dalam exam akan datang kepada pelajar, baru betul itu cikgu sebenar. Kalau Melukis kau minat, jangan berhenti. Kalau Math kau minat, jangan berhenti. Buat apa yang kau minat, asalkan tak melanggar syariat agama. KITA MANUSIA BUKAN ROBOT. Murid cemerlang pun berjaya bukan atas dasar akademik. Tapi atas dasar USAHA. Yang penting buat apa yang kau suka. Kalau berhenti buat apa yang kita minat. Belajar pun stress. Tekanan pun meningkat. Akademik pun terjejas. Be cool and smart lah... 


Para guru, juga perlu tahu bahawa Susah si pelukis komik untuk melepasi editor untuk ke Publisher. Apa yang ada pada pelukis ialah
"AKU AKAN BERUSAHA! TAKNAK MENGALAH DAN MENYERAH KALAH!"

Istilah "MENGALAH" tidak ada pada seorang pelukis komik. 
Oleh itu, mereka mengambilnya sebagai satu titik pelajaran untuk menguatkan kelemahan yang lain.

Kalau ada subjek mata pelajaran yang lain Si Pelukis Lemah. Si Pelukis boleh ambil inisiatif mereka sendiri macam mana dia belajar Ilmu melukis sewaktu ketika dulu, sama macam mana keadaan mereka menigkatkan ilmu melukis mereka sewaktu dulu.

Kenapa Pelukis sangat senang nak melukis sekarang?
Kerana dulu pun, dia pernah mengalami serangan "SUSAHNYA NAK LUKIS!!"
SEKARANG SEKELIP MATA DAH JADI KOMIK!!!

Jangan ingat pelukis tidak mahu belajar. Malah mereka menguatkan apa yang lemah. Jangan ingat Si Pelukis tidak mampu membuat apa yang mustahil seorang manusia mampu buat. MANUSIA BUKAN ROBOT.


JADI, apa kaitannya dengan 
[ Surah Al-Baqarah ( 2: 30) ]
 di atas? 

Jawapannya, Allah tidak mencipta sebuah ciptaan untuk Kegagalan, tapi Allah tahu kebolehan manusia ialah mereka boleh berfikir malah boleh mengetahui dan menkaji apa yang berlaku disetiap glob Bumi sampai luar Bumi. Mereka boleh jadi sainstis, dengan hanya menkaji beberapa perkara. Mereka boleh jadi Doktor, dengan hanya mengetahui ilmu-ilmu perubatan. Mereka boleh jadi Guru dengan memasterkan semua subjik pelajaran dengan merangsangkan pelajar dengan beberapa perkara. Mereka boleh menjadi seorang Peniaga dengan mempelajari selok belok perniagaan dengan stretegi yang power.

Setelah manusia pertama dicipta:
Allah berfirman: 
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini."

Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: 
"Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"


[ Surah Al-Baqarah ( 2: 35) ]

Surah ini mengajar kita bahawa seorang manusia mampu untuk berfikir dan mencari sesuatu.


Apa yang nak disimpulkan disini ialah, 
"Manusia Mampu Melakukan Perkara" yang tidak Manusia lain boleh lakukan, 
MANUSIA BUKAN ROBOT
Tapi, mereka dilahirkan untuk berjaya di dunia dan di akhirat. 
Malah, mereka boleh mencipta sesuatu.  Manusia sangat Istimewa. 
Maka, bersyukurlah jadi seorang manusia. Yakinlah dengan kemampuan diri. 
Jadilah sebagaimana siapa manusia yang sebenar. 
Kejarlah cita-cita agar dapat pencerahan dalam mencari kerjaya akan datang. 
Orang yang tidak ada cita-cita adalah orang yang tidak ada hala tuju kehidupan. 

CITA-CITA, IMPIAN, TUJUAN HIDUP.

"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." 
(Surah Yusuf : 87)

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri...

~Wallahua'lam, Wassalamua'laikum~
SAMBUNGANNYA: CITA-CITA dan MATLAMAT.
http://hasivt.blogspot.com/2012/09/cita-cita-memberi-semangat-yang-jitu_18.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan