Khamis, 13 September 2012

MASA, 24 jam, EXAM, & Manfaatkan Ilmu dengan rajin dan konsisten.

Assalammua'laikum,
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Masa Itu Emas".
Ramai yang gagal mengawal waktu dengan sempurna. Oleh sebab itu, saya mengajak kepada pembaca untuk mengetahui cara menggunakan masa dengan terancang.

Sistem penggunaan masa terancang. 
"24 Jam itu amat bernilai"


Situasi pelajar selepas peperiksaan,

  • "Yeah! aku dah bebas. Aku nak main game puas-puas. gahahahha!"
  • "Pergh! Exam dah tamat. Aku nak enjoy."
  • "Akhirnya tamat juga exam kali ini. Aku dah taknak belajar lagi!"
  • "Nak online puas-puas. Hahaha!." 
  • "Balik aku nak tidur. Pergi mampus dengan buku-buku itu semua." 

Dengan diselitkan deangan rasa tidak bersalah dengan perasaan gembira. 

Kesannya:
  • Ilmu tidak berkembang, malah reaksi ilmu terhadap pelajar hilang sekelip mata. 
  • Apabila exam datang lagi, mereka baru nak belajar semula. 
  • Mereka akan kehilangan ilmu yang dipelajari sekejap sahaja. 
  • Belajar last minit. 
  • Mengalami masalah emosi ketika belajar. Malah tertekan.
Ini merupakan KESILAPAN pelajar yang perlu diatasi untuk mengawal penggunaan masa yang sangat efektif dan efisien.

Mengapa hal ni berlaku? Sedangkan 24 jam amat bermakna untuk dimanfaatkan. 24 jam dalam masa sebulan bersamaan dengan 720 jam masa yang berharga, manakala jika di tolakkan waktu tidur 8 jam, mereka boleh manfaatkan 480 jam dalam masa sebulan (iaitu 1 hari bersamaan dengan 16 jam waktu bermakna). Kenapa manusia itu lemah dalam pelajaran, terletak pada keadaan pengunaan masa beliau. Apabila mereka gagal mengawal masa dengan betul dan tepat, mereka akan kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup.

Kesan pengunaan masa yang berkualiti selama 16 jam, bermakna ini anda mampu online, anda mampu belajar, anda mampu main game sepuas-puas hati, malah mampu melukis, mampu melakukan aktiviti-aktiviti hobi, dan mampu jugak beriadah. Apakah yang anda perlu lakukan? Jawapanya, KONSISTEN DAN RAJIN.


Sebenarnya, pengunaan masa ini amat mudah untuk dimanfaatkan. Cuma kemalasan seseorang itu yang mempengaruhi seseorang itu untuk bertindak. Apa kata kalau dalam masa 16 jam itu masukan aktiviti yang kita mahukan.

Sebagai Contoh,
  • 6.00.a.m. (Pergi Sekolah) hingga 1.00.p.m.(balik daripada sekolah).
    (Masa tersisa 8 jam) 
  • 1.00.p.m. (masa tersisa) manakala manusia masih ada waktu sebanyak 12 jam bagi yang tidur lambat, atau 10 jam bagi yang tidur cepat.
    (Masa tersisa 10-12 jam) 
Dengan tempoh masa (10 hingga12 jam puratanya ialah 11jam) itu, kita mampu untuk online sekurang-kurangnya 2 jam. Ada baki 9 jam, boleh main game 2 jam. Ada baki 7 jam, boleh main bola 1 hingga 2 jam. Ada baki 6 jam, 6 jam boleh study. Jadi, tidak ada masalah dalam mendapatkan keputusan exam yangmaintain. Jadi, tidak ada alasan jika pelajar itu tidak dapat markah yang terbaik dalam exam. Malah mereka ada masa untuk buat macam-macam perkara dalam masa tempoh 24 jam.

Malah mereka perlu mengubah sistem penggunaan masa ikut acuan masa yang disukai.

Anggaplah setiap 24 jam adalah masa yang amat bermakna, kerana sekiranya pelajar berbuat seperti tindakan di atas, mereka akan mengalami kerugian yang besar dalam penggunaan MASA mereka. Mengapa kita tidak boleh konsisten dan seimbangkan waktu belajar? Sedangkan 24 jam itu boleh menentukan kehidupan yang bermakna untuk kita. Sebenarnya pelajar tidak perlu ke tuisyen kerana dengan tempoh masa 24 jam, pelajar boleh manfaatkan masa belajar dengan rajin. Bijak menggunakan masa, dan bijak menkonsistenkan atau menyeimbangkan waktu belajar dengan bermain, akan menjadikan kita mudah untuk study dan mudah untuk kita mengisi masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat dalam hidup kita.


Wahai warga-warga PMR, SPM, mahasiswa, mahasiswi, pelajar Diploma, pelajar MASTER, pelajar PHD, atau mungkin pekerja pejabat sekali pun, gunakanlah masa 24 jam dengan mengisi perkara-perkara yang berfaedah dan bermafaat. Marilah sama-sama kita menggunakan masa dengan betul.

Konklusinya, penggunaan masa 24 jam itu amat bermakna untuk kita menuntut ilmu. Malah anda mungkin sempat lagi mahu buat apa-apa perkara yang bermanfaat. Bukan itu sahaja, jika anda sedang exam, anda tidak akan mengalami tekanan sekiranya selama tempoh pelajaran itu anda mengulang kaji dengan dalam keadaan konsisten dan menggunakan masa 24 Jam dengan betul. Malah anda tidak akan mengganggu dalam mana-mana proses belajar, bermain, dan berhibur. Kita mampu melakukan apa yang disukai dengan lebih bermakna (asalkan tidak melangar syariat agama) dengan membuangkan kemalasan menambahkan kerajinan. Malah kita mampu meningkatkan kualiti ilmu. Maka, jangan lah sesekali membuang masa, kerana pembaziran masa ibarat membazirkan rezeki. Sesungguhnya, membazir ialah kesukaan Syaitan dan Allah tidak suka akan pembaziran tersebut.


Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
[ Surah Al-´Ashr (MASA): 1 - 3 ]

~Wallahua'lam, Wassalamua'laikum~



4 ulasan: