Jumaat, 14 September 2012

REMAJA BERILMU, BERMUTU...

Assalammua'laikum,

REMAJA BERILMU, BERMUTU...

Ilmu pelita hidup, tanpa ilmu jahillah kita. Masa hadapan Negara memerlukan generasi muda berilmu pengetahuan agar pembangunan dan kemajuan dapat dicapai. Oleh itu, pelbagai cara untuk menjadi remaja yang berilmu dapat dirungkai.


Menurut kajian, cara untuk menjadi remaja yang berilmu ialah dengan menerapkan ilmu pengetahuan kepada anak-anak sejak daripada usia muda lagi. Kanak-kanak yang dapat membina jambatan ilmu ini hendaklah dididik oleh ibu bapa mereka cara belajar yang sistematik ketika usia kanak-kanak. Hal ini, dapat menjadikan anak-anak itu lebih berilmu apabila sudah dewasa kelak. Kajian mendapati, kanak-kanak yang diajar sejak dai kecil dapat merangsang otak anak menjadi lebih dewasa. Hal ini, dapat dibuktikan dengan jelas apabila anak-anak yang dibimbing sejak dari kecil dapat merangsang proses untuk menjadi remaja yang berilmu. Tuntasnya, ilmu perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak usia muda bak kata peribahasa, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.




Selain itu jika diselidik lagi, cara-cara yang terbaik untuk menjadi pelajar yang berilmu ialah mengatasi kemampuan guru. Menurut kajian, pelajar yang dapat mengatasi kemampuan guru mengajar dapat merangsang metabolisma yang lebih efektif dalam menjadikan pelajar berilmu pengetahuan. Untuk mengatasi kemampuan guru, kebolehan yang kretif, inovatif, dan analitik seorang anak perlulah diaktifkan. Fungsi otak kiri dan otak kanan anak perlulah dalam keadaan delta kepada alfa. Dalam keadaan otak alfa ini, pemikiran mereka dapat mengubah daripada pemikiran yang negative kepada pemikiran yang lebih positif. Hal ini seterusnya, dapat menjadikan pemikiran anak itu lebih cenderung untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Bukan itu sahaja, fungsi otak kiri dan otak kanan hendaklah seimbang untuk menghasilkan otak dalam keadaan alfa. Sekiranya minda anak-anak yang dirangsang dalam keadaan alfa, mereka mampu berfikiran jauh lebih matang. Hasil kajian membuktikan bahawa, kanak-kanak yang ingin mencari ilmu pengetahuan sejak dari kecil dapat menjamin masa hadapan yang lebih cerah, bak kata peribahasa, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih.



(PELUKIS OLEH: AFIQ SALAM FEEQRY, PELUKIS MISI 10A+) 

Dalam konteks yang lain, cara untuk menjadi remaja yang berilmu hendaklah sentiasa menelaah pelajaran seperti membaca buku tidak kira di mana jua mereka berada. Hal ini dapat menjadikan mereka lebih cenderung belajar berbanding ber main permainan kompiter. Dalam era globalisasi yang penuh dengan bahan elektronik dan digital, kebanyakan remaja lebih cenderung barmain permainan berkomputer. Oleh itu, inisiatif untuk mengubah persepsi permainan berkomputer hendaklah diubah kepada permainan berkomputer yang lebih kearah intelektual. Sebaliknya, jika tidak ada inisiatif seperti ini, mungkin kebanyakan remaja lebih cenderung bermain permainan komputer berbanding belajar di rumah. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memantau anak supaya belajar.


Bukan itu sahaja, dalam agama Islam, seseorang remaja akan menjadi lebih berilmu sekiranya melakukan solat lima waktu. Kajian mendapati solat mampu menyalurkan cas elektrik otak kiri dan kanan ketika sujud. Hal itu telah menyebabkan manusia dalam keadaan alfa dan lebih berfikiran jauh. Seterusnya, ilmu yang dipelajari akan ingat sehingga tua. Oleh itu, individu yang beragama Islam hendaklah rajin solat kerana sesungguhnya solat itu dapat menjauhkan diri kita daripada melakukan maksiat. 

Biasakanlah diri dengan solat, kerana Allah sudah berfirman di dalam al-Quran;
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

[ Surah Al-Baqarah ( 2: 153) ]

Ilmu tanpa amal tidak berguna. Oleh yang demikian, kita hendaklah mempelajari ilmu dan mengamalkan ilmu itu. Menurut kajian, orang yang mengamalkan ilmu mampu membentuk sahsiah dan akhlak seseorang seperti mentaati perintah ibu bapa, menjadi pelajar yang baik, dan menjadikan seseorang itu tahu menilai antara perkara baik, dan yang buruk. Tuntasnya, ilmu yang dipelajari hendaklah digunakan.


Cara lain bagi menjadi remaja yang berilmu ialah bijak dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana, sekiranya kita gagal memilih rakan yang baik, kita juga akan menjadi seorang yang gagal. Rakan yang baik dapat menjadikan kita lebih berilmu. Hal ini dapat dibuktikan bahawa seseorang yang bijak memilih rakan, mereka akan lebih Berjaya kerana rakan yang baik dapat membentuk diri seseorang itu lebih bermotivasi. Jika sebaliknya, remaja tersebut mungkin akan membuat perkara yang tidak bermoral dan memudaratkan diri kelak, bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.


Cara lain bagi menjadi remaja yang berilmu ialah menanam cita-cita yang tinggi terhadap masa hadapan anak. Hal ini demikian kerana, seseorang yang sentiasa merancang kehidupan mampu menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Menurut kajian, seramai 70% rakyat Malaysia yang menanam cita-cita yang tinggi terhadap masa hadapan telah berjaya membentuk kerjaya yang cemerlang. Seseorang yang berilmu mampu mencapai cita-cita apabila usaha yang berterusan dilakukan. Selain itu, cita-cita juga telah melahirkan rakyat yang sentiasa memandang wawasan diri adalah amat penting terhadap masa hadapan. Oleh itu, remaja hendaklah sentiasa mempelajari ilmu.

Motivasi Cita-Cita:


Ilmu merupakan anugerah tuhan untuk menjadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa, dan negara. Konklusinya, ilmu hendaklah sentiasa dipelajari sejak dari kecil sehinggalah tua. Ilmu tanpa amal amatlah rugi. Oleh itu, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. REMAJA BERILMU, BERMUTU...

(PELUKIS OLEH: AFIQ SALAM FEEQRY, PELUKIS MISI 10A+)

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. 
(Surah At Taubah : 20)

Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.
(Surah Al Mujaadilah: 11)

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri...

~Wallahua'lam, Wassalamua'laikum~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan