Selasa, 18 September 2012

CITA-CITA dan MATLAMAT.

Assalammua'laikum,


CITA-CITA dan MATLAMAT.

Sebelum ini, aku post isu:
CITA-CITA, IMPIAN, TUJUAN HIDUP.
boleh dibaca di:


Hari ini pula, akan ku kukuhkan lagi.
Mengapa perlu ada cita-cita dan matlamat?


Matlamat manusia diciptakan asalnya adalah untuk menghambakan diri kepada-Nya.

Firman Allah SWT:
"Dan Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari (tulang sulbi) mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) :
“Bukankah aku Tuhan kamu?” 

Mereka semua menjawab:
“Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”.

(Kami lakukan yang demikian itu) supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak.
“Sesungguhnya kami (keturunan anak-anak Adam) adalah lalai dan lengah (tidak diberi peringatan) tentang Ke-Esa-an Tuhan.”

(Surah Al A’raf, Ayat 172)




Pernahkah kalian memikirkan 

APAKAH CITA-CITA SEBENAR KORANG SEBELUM INI?
TAHNIAH KEPADA YANG EMPUNYA KERJAYA!

"Orang yang tidak ada Cita-Cita ialah orang yang tidak ada hala tuju kehidupan."
Kenapa aku highlight perkataan tu? Kenapa? 

Sebelum ni aku pernah kupas isu cita-cita, dan terselit perkataan itu di hujung perenggan. Hari ini akan ku kupas sepenuhnya perkataan tersebut disebalik apa yang tersirat dan tersurat.

Alkisah:
Haritu aku beborak dengan member aku cakap pasal "cita-cita" ni.

Peristiwa #1 (Seorang pelajar yang sederhana dalam pelajaran) :

Aku bertanya kepada seorang sahabat 
''Apa cita-cita kau nanti?'' 

Katanya,
"Aku tidak tahu." 

So, aku bertanya lagi, 
"So, kenapa kau belajar di sekolah? 
Kenapa kau belajar di sekolah tetapi tidak tahu apa yang 
kau mahu buat pada masa hadapan?".

Sahabatku menjawab, 
''Aku belajar untuk menuntut ilmu lah, tapi masa hadapan, entahlah. Aku belum putuskan. Aku pun tidak tahu sebenarnya."

Cerita TAMAT disini.

Peristiwa #2 (Seorang pelajar yang Cemerlang dalam pelajaran 
dan mendapat keputusan trial PMR [ 7A,1B ] ) :

Aku bertanya kepada seorang sahabat,
''Apa cita-cita kau nanti?'' 

katanya, 
"Entah lah" 

So, aku bertanya lagi, 
"So, untuk apa kau belajar di sekolah untuk mendapatkan 8A ni semua? 
Kenapa kau belajar di sekolah tetapi 
tidak tahu apa yang kau mahu buat pada masa hadapan?" 

Sahabatku menjawab, 
''Aku belajar untuk menuntut ilmulah, 
yang aku tahu menuntut ilmu untuk mendapatkan keputusan A dalam peperiksaan. 
Aku ke sekolah untuk mendapatkan 8A. 
Tapi, aku tidak tahu apa mahu buat pada masa hadapan." 

Mungkin seklai dalam fikirannya seperti ini.
"Aku perlu daptkan 8A untuk hidup senang akan datang"
Kemungkinan. Namun, ye ke?
Dapat Keputusan exam yang cemerlang dapat hidup senang?

Cerita TAMAT disini.

Ini merupakan masalah pelajar, yang setiap kali aku soal pada setiap pelajar, mereka ke sekolah dan belajar. Tetapi mereka tidak tahu untuk apa mereka belajar, Untuk apa mereka mengejar (10A+, 8A, 9A), mereka tidak tahu untuk membuat keputusan dan tidak mahu menentukan hala tuju sendiri. Analisaku menyatakan mereka tidak tahu nak menuju ke arah apakah mereka selepas tamat persekolahan. Akibatnya mereka belajar tetapi tidak ada hala tuju, tidak ada tujuan hidup, dan mereka tidak tahu  nak ke mana arah sebenar kehidupan mereka akan datang. Ramai yang tidak tahu untuk apa mereka belajar? Mereka sendiri confuse untuk apa yang mereka mahu buat akan datang terhadap kerjaya, Apa yang mereka tahu, ke sekolah untuk mendapatkan keputusan "A+ dan A dan A dan A dan A".

Mengapa perkara ini perlu berlaku? Padahal mereka sendiri boleh membuat keputusan sendiri. Kenapa mereka belajar untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi tidak untuk masa hadapan?

Mereka memang tidak tahu apa yang perlu lakukan untuk masa hadapan. 
Atau, mereka sendiri belajar kerana terpaksa dan dipaksa? 
Analisaku menyatakan bahawa mereka tidak belajar untuk masa hadapan, 
tetapi untuk mendapatkan A yang banyak. Akibatnya, ramai pelajar yang cemerlang akademik tidak dapat bekerja dengan kebolehan yang dia miliki. Malah, mereka Confuse dengan keputusan mengejar cita-citanya. Ada juga yang tidak tahu apa yang mahu dilakukan pada masa hadapan dan tidak tahu apa pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Inilah masalah mereka.


Cita-citalah yang akan menentukan kehidupan mereka. Tetapi, mengapa mereka tidak tentukannya sejak masuk ke sekolah Menengah lagi?. Cita-cita sekiranya tidak dibentuk sejak daripada mereka masuk ke sekolah menengah lagi, mereka akan mengalami kegagalan dalam menentukan hala tuju sebenar pada usia akan datang. Ini adalah benar..Akibatnya ramai yang bekerja tapi mereka bekerja kerana terpaksa. Padahal mereka sepatutnya gembira dengan keputusan mereka. Bekerja kerana terpaksa ke?


Permasalahan ini perlu diatasi. Justeru itu, cita-cita hendaklah ditentukan semasa di sekolah menengah dengan menanamkan semangat yang kuat terhadap cita-cita itu. Kerana apa? Kerana cita-cita akan menyokong kita untuk teruskan perjuangan. Percayalah, jika kita ada cita-cita yang kita impikan "dengan satu tujuan", kita akan ada semangat berjuang yang kuat sama seperti "Lee Chong Wei" yang berjuang untuk melawan "LIN DAN". Jika kita berusaha tidak ada yang mustahil. Jadi, tetapkanlah matlamat anda untuk mengejar cita-cita yang sebenar untuk masa hadapan. Kesan yang mendalam akan terhasil akibat daripada momentum atau tindak balas daripada semangat berjuangan untuk mengejar cita-cita yang sebenar.

Namun begitu, ada juga manusia yang dapat mencapai cita-cita yang diimpikan namun mereka tidak gembira dan tidak pernah menjadi. Mengapa?

Kenyataan di atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!

Mengapa terjadi begini pula? Mengapa cita-cita yang diingini beralih arah, seiring waktu beranjak? Mengapa pula cita-cita yang digapai hendak dilepaskan pula? Bukankah ini menandakan hanya Dia berkuasa terhadap apa sahaja?

Merancanglah dengan teliti dan rapi. Kemudian berusahalah dan gapailah apa yang diimpikan itu. Sebaik sahaja kita berasa berjaya memperoleh sesuatu dengan usaha kita sendiri, tanpa kita sedari, apa yang dicita-citakan, apa yang tergapai semuanya akan melorot dari genggaman.

Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu kita berasa, kitalah yang berjaya di atas usaha sendiri. Lantas berdasarkan kejayaan itu, kita terus berusaha dan berusaha hingga mempunyai kepercayaan yang kita berkuasa terhadap kehendak itu. Lantas perasan kitalah master of our destiny, lalu melupakan kesemuanya adalah di dalam genggaman-Nya.

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; 

(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;

Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

(Al Hadiid: 20)




Konklusinya, mengapailah kejayaan masa hadapan dengan sepenuh keimanan dan keikhlasan untuk mengapai cita-cita. Maka, apabila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara nescaya kita dapat mengapai kejayaan cita-cita yang sebenar dengan sebenar-benar perasaan gembira dan dengan penuh keyakinan. Percayalah, kejayaan dan cita-cita akan menjadikan kita lebih memberkati ilmu yang bukan mempelajari ilmu untuk A yang banyak. Semangat akan hilang apabila tidak ada cita-cita. Maka, tanamlah cita-cita dengan penuh keyakinan. Kerana, setiap keyakinan yang ditanam dalam diri dengan matlamat cita-cita, akan memberikan semangat kepada diri untuk mencapai apa impian yang hendak dicapai. Dengan semangat itu juga, kita dapat tingkatkan Kualiti ilmu dalam setiap kertas ujian. 

Nak tahu resepi orang yang berjaya?

Rasulullah pernah bersabda;
Rasulullah berasa hairan, katanya,
"Sungguh aneh seseorang mukmin itu, 
seluruh keadaan yang menimpa dianggap sebagai kebaikan baginya. 
Keadaan ini tidak akan ditemui pada sesiapa pun kecuali orang yang beriman. 

Jika mendapat kesenangan lalu dia bersyukur 
kerana perkara itu mendatangkan kebaikan baginya. 

Jika mendapat kesusahan dia akan bersabar 
kerana perkara itu akan mendatangkan kebaikan baginya.

(HR Imam Muslim) 

Itulah resepi orang yang beriman dan berjaya.

Usah Menangis dengan kesakitan.
Malah terus kuat untuk kebaikan. 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al Baqarah: 216) 

"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." 
(Surah Yusuf : 87)

Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 
(Surah Ath-Thalaaq: 3) 

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri.

~Wallahua'lam, Wassalamua'laikum~

1 ulasan: